Pages

1.6.12

Oh, what a busy weeks!

Phewww~!!


Lamanya tak tengok, tak jengah, tak buka internet. Apa tah lagi blog sendiri. Seriously so damn busy. Okay, firstly, kerja memang setiap hari busy lah kan. Yang memang takkan habis. Then, busy attend wedding dekat Kuantan. Wahhhhhhh my first experience drive dekat highway ke Kuantan tu. Gila.

Nasib baik I bukan orang Pahang. Kalau tak, memang selalu tak balik la sebab takut nak kena selalu drive dekat highway yang macam ular tu. Dah la tak banyak lampu. Please la kepada pihak yang bertanggungjawab, sila dirikan banyak lampu supaya orang rabun macam saya ni dapat drive dengan tahap konfiden yang paling tinggi.

Balik je dari Kuantan, tengah-tengah malam tu jugak kena kemas rumah dekat Pandan Jaya tu. Sebabnya, owner suruh keluar immediately. Serius bengang dengan owner! Bayar sewa kan sampai hujung bulan, that time ada seminggu lagi nak habis bulan. Malas nak cakap banyak, terus la kemas barang and move out ke Subang. Kereta yang kecik tu dipaksa muatkan dengan semua baju-baju dengan alatan-alatan kami. Nasib baik tak banyak lagi barang.

Bermula lah kisah my housemate and I yang terpaksa bangun pagi-pagi semata-mata tak nak rempuh jam setiap hari. Blerghhhhh!

Memang penat la rupanya pindah rumah ni. Sebab tak ada cuti khas, terpaksa lah setiap hari balik kerja kemas sikit-sikit mana yang mampu. But until today memang tak habis kemas lagi. Tapi, esok nak pergi jalan-jalan. Hooorayyyyy!

P/s: Hye, June!

 
propapropaje. Powered by Blogger.
"I will start speaking properly when you start speak propa."

p/s : I used my own grammar.

Friend(s)

Blog Archive